Friday, January 18, 2013

#9 18 days left


Assalamualaikum habuk-habuk dan kuman-kuman sekalian. Anda sihat? Pasti korang ternanti-nanti latest update dari saya. Maaflah, busy 26 jam sehari. Tak, saya tak fail math. Memang sejak masuk medic ni satu hari saya mempunyai 26 jam harap maklum.


Timetableku sepanjang study week. This is madness man (1st time study ikut timetable)


Sebenarnya aura final exam yang telah membawa aku ke mari, ke alam maya, ke kekunci keyboard untuk memasuki sebentar sesi lagha bersama social website. Tahukah anda sesungguhnya internet merupakan pembunuh masa yang kejam jika kita gunakannya ke jalan yang salah yakni ber-facebook dan ber-twidder dan ber-blog tanpa arah tujuan? (sesi bebicara bersama cermin)

Alhamdulillah, aku masih mampu survive dalam semester pertama degree in medicine UiTM. Memang tak dinafikan perjalanan hidup seorang pelajar medic sangat kusut dan hectic. Tapi insyaAllah tak ada masalah yang tiada penyelesaiannya. Lagipun, sesuatu yang manis itu selalunya bermula dengan kepahitan. Manisnya karipap juga bermula dengan doh yang tawar dan pahit, emmm emmm lazatnya karipap berintikan kentang. Alangkah indah kalau dapat segigit karipap sekarang. Begitulah juga kehidupan, lebih-lebih lagi dalam proses menuntut ilmu. Bukan mudah untuk  mendapat "segigit" kejayaan jika tiada "sementekedarah" usaha (sila ambil nota ayat hiperbola di situ).



Macam tu lah perasaan seharian aku sepanjang bergelar student medic ni. Study, study dan study. Kalau tertidur 5 minit pun akan diselebungi rasa kesal dan insecure seperti kwn-kwn lain dah habis cover satu topik sedangkan kita pula sedang enak tidur.



Pernah terkadang bisikan syaitan untuk give up dan tukar course lain datang mengetuk kotak fikiranku. Tapi bila timbul perasaan macam tu, aku akan fikir balik, sebenarnya untuk siapa aku study? Untuk siapa aku tuntut ilmu? Yes, untuk agama kita, untuk Islam, untuk ummah dan bila mendapat tawaran dalam course ni, aku yakin dan bersyukur kerana telah terpilih sebagai salah seorang hambaNya untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini. Bukan calang-calang amanah yang aku dapat, bukan amanah seorang manusia, bukan amanah ibu bapa, tetapi amanah dari Penciptaku sendiri. Jadi, jika Dia sendiri tahu kemampuan aku, alasan apa lagi boleh diberikan untuk aku give up? (THINK)

Yup, memang ramai akan terfikir "beratnya tanggungjawab sebagai seorang doktor." tapi tiada apa yang lebih berat berbanding berat menanggung azabNya di akhirat kelak. Jadi kepada adik-adik di luar sana (eh tak ada adik yang baca blog aku) Okay, kepada kuman-kuman di luar sana, yang sudah bosan memberi penyakit pada manusia, sekiranya dapat tawaran dalam kos medic, walaupun bukan atas dasar minat, bersyukurlah sebab anda sudah selangkah mendekati syurga. Tapi haruslah jadi seorang muslim yang berpelajaran dan jadikan pekerjaan kita sebagai satu ibadah kepadaNya, insyaAllah.


Fuyoh, tetiba terbagi tazkirah. Okay, selain tu mestilah sebab nak balas jasa mak dan ayahku yang sangat mencurah-curah jasanya dari aku kecil hinggalah sekarang. Kalau dorang boleh bersusah payah membesarkan 6 orang anak, takkanlah aku tak boleh usaha sikit untuk balas jasa mereka (hye mak I know you're reading this LOL)

Okaylah back to our topic, Alhamdulillah again, walaupun result first 2 tests aku ala kadar lulus atas pagar je, tapi banyak knowledge yang aku dapat sepanjang semester 1 ni. Bila dapat tau pasal something tu, semua macam "Wahhh, serious ke? Fuyoh, baru aku tau. Laaa, ada rupanya benda ni dalam badan kita." dan berbagai lagi reaksi yang lain. Subhanallah, tiada apa yang lebih indah selain ciptaanNya. Well now, aku tengah dalam study week 2 minggu sebelum final. Kepada kuman-kuman dan habuk-habuk yg sedang membaca, please pray for my success and for my friends who are doing their degree in medicine too. Well, not just medicine but other courses too. Jadikan pelajaran anda as a form of ibadah and insyaAllah He will make everything easy for you. Okay dah jom continue study! :)


Ke continue sleeping sebenarnya kau ni Myza? *krohh krohh*

Monday, April 16, 2012

#8 She's the girl that no one ever knows

Assalamualaikum.

BAAAAAAA! Terkejut tak? Oh tak ke? Tak mengapa.

Yesterday I went to Sunway Pyramid with my parents and my 3 annoying sisters. Memikirkan almari ku yang kesempitan baju (nangis) lalu aku dengan excitednya mengajak mak membeli baju baru. Yeeeeaaaayyyy, look what I've got myself (after searching for almost an hour)....a new floral blouse! Me likey :)


(Yer, betul tu. Aku patut pakai kasut -.-)

I'm not really good at styling this kind of dress, ie: maxi dan menggelebeh (if you know what that means) but I think it looks nice when paired with a belt. What you think of it? :)

LATEST INSPIRATIONS



photos courtesy : Hijabi's Lookbook.

Till here, have a nice day everyone! :)

Saturday, March 31, 2012

#7 How many weeks have passed since that day?

Assalamualaikum.

Huarghhhhh (hirup udara april) Tak, hari ni masih 31/3 tapi malas nak tunggu hari esok so just anggap hari ni 1 april lah yer? :) Esoklah hari semua orang bodoh nak memperbodoh-bodohkan orang dengan April Fool mereka tu? Ohplease jangan, dua dua pun nampak sama bodoh nanti.

Nyway, ini bukan motif sebenar saya update blog hari ni. Entri kali ni nak bercerita tentang cuti saya. YAY! Almaklum, kami lepasan asasi ada 4 bulan cuti (?) sebelum sambung degree. Mesti korang ingat aku nak cerita psl trip aku ke Pulau Tioman ke, cuti luar negara ke, pergi lawatan sambil belajar ke Zoo Negara ke, tapi oh tidak. Sesungguhnya cuti aku berjalan dengan kura-kuranya. Slow dan boring.

Apa je yang aku buat cuti ni untuk menghilangkan kebosanan ni? Tadaaaa, aku ubah kedudukan barang-barang dalam bilik aku. From this :

To this :




Bila tengok lelama, bilik aku nampak macam bilik kat kampung aku kat Melaka sikit. Nawww, terubat sikit rindu kat kampung yang dah lama tak berpenghuni kat Melaka tu :')

Benda lain aku buat time cuti, tengok movie jelah sepanjang hari. Ya Allah, boring sungguh life aku, maaf. Yer, aku tau sudah tiba masanya untuk aku mula bersenam dan kuruskan badan tapi sorilah, serious takde mood untuk semua tu. Dengan ini, aku nak beritahu bahawa cuti aku sangat boring (dengan harapan ayah baca blog aku dan bersimpati dan bawak kami pergi bercuti) Salam :)

Wednesday, March 21, 2012

#6 My definition of "final"

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.
Assalamualaikum.

Haa, cuba bau blog aku. Ada tak bau macam rumah lama yang ditinggalkan? Bau sarang labah-labah (kantoi korang pernah bau sarang labah-labah) , bau habuk cursor yang dah lama ditinggalkan dan segala macam bau lah.

Biasalah, aku ni kan (buat muka baru habis final) baru habis final ~(' c')~ Jadi sekarang ni nak aktif baliklah menulis blog meskipun hati ini yakin dan pasti tidak ada jejak langkah orang pun di blog aku ini. Hidung anjing penyiasat pun belum tentu dapat detect whether pernah ke ada orang kunjung blog aku ni (kata kerja : menyapu air mata)

Tak apa, entri aku kali ni pasal my awesomeeeeee college life di kolej yang sangaaaat awesome UiTM Puncak Alam Di Hatiku :') Eh, kita kena rajin buat entri pasal kolej kita. Nanti adik-adik senior nak masuk Palam, mesti dorang sibuk google "UiTM Puncak Alam" "Apa itu UiTM Puncak Alam" "UiTM Puncak Alam best ke?" "Kenapa Muhyiddin masukkan aku kat sini?" haaa, macam aku dulu before nak masuk sini. Ihik :)


Masa memula dapat tawaran kat sini, aku macam, WHAAAAAT?! What is this? Where is this? What is tahniah? What tahniah is? This is not tahniah maaan, this is hell! Kecoh kan? Sebabnya aku doa hari-hari nak masuk UIA ikut jejak langkah akak and abg aku tapi akhirnya jejak parents aku jugak aku dpt.

Apa yang ada dalam fikiran aku pertama kali masuk UiTM Puncak Alam?

- Takde kawan
- Semua budak tak nak kawan dengan aku
- Aku panas
- Aku ANTI MDS
- Aku tak suka budak-budak sini
- Aku nak balik
- Aku tak suka makanan MDS
- Aku tak suka kakak-kakak senior ni
- Aku nak balik
- OH MAMA, AKU TAK MAHU KAHWIN, AKU CUMA MAHU BALIK.

Paling tak best time bahagi kumpulan. Apakah itu D6? Kenapa aku dapat kumpulan ni? Lalu aku search seluruh list nak cari nama ahli D6 yang lain. Hampa hampa, sorang pun nama kawan aku takde. Fine.

Aku ni asalnya jenis yang tak reti buat kawan. Siapa sangka, air yang tenang ada dugong di dalamnya? Dalam pada aku tak suka semua classmate aku, sedikit demi sedikit, hati aku mula terbuka untuk mengenali siapa D6 yang sebenarnya.

D6, dengan asalnya kapasiti 32 orang seunit tapi kini tinggal 28 orang sahaja. Atey, Amirah, Afrina dan Zaida, korang tetap di hati kami :) Masa memula, YES, aku akui KAMI SANGAT FAKE! Gambar di atas ini? Hanya lakonan semata-mata. Tapi cuba korang cakap, siapa je yang boleh bergambar bahagia macam ni sedangkan semuanya masih saya awak antara satu sama lain? (Y)

Hanya kami saja tahu ke-awesome-an kami semua. Sesungguhnya, tak dapat di gambarkan dengan kata-kata lah. Kalau aku tulis kat blog ni, sesungguhnya akan bau mawarlah blog aku ni nanti (hiperbola) haha :D Pendek kata, aku.... isssshhhhh, malulah nak mengaku camni, tapi aku sangat sayanglah korang semua. Aku tak sangka pertemuan kita dah hampir tiba ke penghujungnya. Rasa macam baru semalam buka ramai-ramai, rasa macam baru semalam D6 kecoh gila nak siapkan lab report dalam kelas, rasa macam baru semalam kita semua study group sesama kat kkpr, rasa macam baru semalam D6 buat presentation depan kelas. I will surely cherish all those awesome moments forever :') Walaupun bila kita berpisah nanti, kita semua akan meneruskan langkah ke alam degree di negeri-negeri lain, aku harap ionic bond antara kita akan terus kekal sebagai ionic bond selamanya dan lamanya dan lama lama lama lamanya till infinity and beyond :')


Aku tau, sepanjang 2 sem ni mesti banyak salah faham dan perselisihan pendapat antara kita. Yelah, dah nama dak dak skemasss asasi sains kaaaan, mestilah semua nak menang. Perkara sentap tu dah macam karipap lah antara kita. Tapi, aku tau, kalau tak ada garam dan perencah secukup rasa, tak akan sedaplah sesuatu masakan itu :') Dan yer, setelah sekian lama, aku terima nikahnya, D6 bin Awesome dengan mas kahwin ukhuwah yang berkekalan hingga ke jannah, insyaAllah :)

Dengan ini saya, Azmyza Binti Azmy ingin menyampaikan anugerah dekan kepada :

THE RATU-S:

My beloved 2 suara-s : Hasmila and Yana, thanks for being such great friends and being there when I need you guys most :)

Maisarah : Ratu lawak spontan
Syahindah : Ratu suara berfrekuensi dolphin.
Farhah : Ratu ketawa paling klasik.
Mimi : Ratu typo seantero dunia.
Hertina : Ratu muka takde perasaan. Haha!
Alyani : Ratu ayu tetapi garang.
Jiji : Ratu hahahahahahahahaha.
Fadhila : Ratu muslimah :)
Kathy : Ratu otak masuk air.
Azimah : Ratu rajin bertanya tak pernah sesat jalan. Salute kau :)
Fasha : Ratu atlet D6.
Yong : Ratu chemistry (tepuk tangan)
Sharlia : Ratu cinonet yang gengster.
Ricma : Ratu semangat kalau nak suarakan pendapat hakhak :)
Azwani : Ratu sopan santun dan kaya budi bahasa.

THE RAJA-S :
Pa'an : Raja class rep berwibawa dan pandai menjaga hati semua anakandanya.
Hydil : Raja segala raja genius physics.
Ikhmal : Raja yang comel hahaha.
Arif dan Hanif : Raja air yang tenang jangan disangka tiada abang wang.
Qusyairy : Raja kacang tak pernah melupakan loghatnya.
Zharif : Raja Asasi Palam.
Afiq Ariff : Raja yang halus bicaranya.
Doimis : Raja kelakar hokhok :)
Naim : Raja yang memakai raja segala spek mata x)

Ehem ehem, di sini juga aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua housemate aku yang baik-baik belaka dan terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada aku sepanjang setahun asasi ni hakhak :D Terima kasih atas sumbangan makanan, minuman, ilmu, lawak korang yang tak masuk dek akal dan telatah korang yang sentiasa menceriakan hari-hariku di rumah ini. Cehhhhh :p



Zatie : Thanks for being the awesomest roommate ever!!! Sori sebab selalu amik/mintak makanan kau sebab makanan kau selalu menggoda aku hahaha :p Thanks for everything weh! Seriously, everything! :)

Nana : Sumpah kau sangat annoying tapi kalau takde ke-annoying-an kau tu, serious tak ceria langsung rumah ini. Hokhok ikhlas dari hati myza yang selalu annoyed dengan kau haha :p

Amni : Thanks sebab selalu jadi fashion advisor aku haha tiap kali nak padankan tudung dengan baju mesti aku cari kau :p And aku suka dengar slang gediksssss kau tu haha!

Marjan : Terima kasih sebab selalu tolong belikan makanan kat kkpr, haha! Terima kasih jugak sebab selalu dera kteorg semua haha joke :p

Wardah : Walaupun kita tak rapat sangat masa sem 1, tapi alhamdulillah sem 2 kita semua semakin rapat. Thanks sebab tolong ajar aku apa yang aku tak tahu menahu :)

Rasulullah s.a.w. bersabda : Allah s.w.t. berfirman :

"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)" (Riwayat Ahmad)

Okay, till here dear readers. Nak pergi menangis kejap. Salam :')

Saturday, January 7, 2012

#5 Hip hip BIRTHDAY!

Assalamualaikum.

"Cuba teka esok hari apa?" Ayat yang aku ulang banyak kali untuk ingatkan semua pasal birthday my awesome, funny, pretty and crazeyyy friend, (drum roll)

Nur Liyana Omar!

Dah tua dah akak kita sorang ni. Sesungguhnya aku bahagia sebab ada orang lebih tua daripada aku hewhew :p Yana, semoga Allah merahmati hidup kau and semoga semua impian dan cita-cita kau tercapai. Amin :)

So, what birthday present did I give her? Aku ni takdelah loaded mana, so hadiah biasa-biasa je. It's the thought that counts aite? :) Jadi, saya nak kongsilah dengan pembaca semua idea hadiah hari lahir saya untuk birthday girl ni :D

Memula, sediakan satu kertas A4 and lukislah kotak-kotak kecik sebanyak yang mungkin. Setiap satu kotak kecik tu tulislah ucapan pendek yang boleh menyentuh jiwa dan raga termasuk bakul serta semualah organ dalaman penerima hadiah nanti. Hahaha. Lepas dah tulis, hiaslah ucapan tu mengikut kreativiti sendiri (aku highlighter jelah yang mampu) Then, gunting and lipat kemas-kemas.

Lepas dah lipat, bubuhkan (cehh, macam nak suruh bubuh garam dan gula secukup rasa pulak) letaklah kertas yang dah berlipat tu dalam apa-apa bekas yang cantik molek. Aku beli bekas rotan ni masa aku pergi melaka time cuti midsem :)

Selitlah gula-gula in between the papers so mcm surprise surprise! Sambil baca ucapan pendek tu, boleh mengunyah gula-gula. Hiehie :)

Then letaklah semua kertas tu sampai nak melimpah keluar kertas-kertas tu. Jangan disangka di antara kertas-kertas yang padat tiada gula-gula. LOL :)

And tadaaaa, dia tak tahu pun apa isi di dalam bekas rotan lagi hina ini. Aku sangatlah berharap dia akan suka hadiah rotan lagi hina ini. And this is the text she sent me :

Suka sgt! Thanx tau, dari mula sampai habis aku bukak, aku senyum sampai telinga tau :)

Hiehie, I'm glad you like it Yana. Okay, till here readers. Semoga kita bertemu lagi dalam entri seterusnya! :)

Thursday, January 5, 2012

#4 Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) . (QS Al-Alaq, 96 : 1)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak membebel sikit je sebab mee Ruski perisa Tom Yam dah ada kat depan mata kan. Hikhik (angkat turun kening) :p

Sebenarnya aku tak berminat sangatlah nak bercakap pasal benda ni tapi tetiba topik ni naik time lab Physics tadi jadi aku nak kongsilah dengan semua pembaca blog ini (iaitu angin dan debu) pasal berita ni. Sebab ramai lagi yang tak tahu kot rasanya.


Tadaaa, itu diaa, Nur Amalina Che Bakri yang score 17 A1s dalam SPM. Wow, hebat hebat, aku kalau ambik 17 subjek time SPM memang dah takde kat dunia ni lagilah haha :) Okay, pokoknya cerita dia mcm ni, Amalina ni dapat continue further study in medic kat UK (hebatlah kan, future dia memang terang macam lampu suluh Toshiba lah) Tapi malangnya dia tersalah pilih jalan dan agak tersasar daripada jalan yang benar.

Miss Khaizan : Azmyza, apa pendapat awak tentang kes Amalina ni?
Me : Saya rasa kita tak boleh nak judge dia sesuka hati sebab mungkin dia akan berubah satu hari nanti. Saya rasa dia jadi macam ni sebab pengaruh rakan sebaya kat sana.

(Okay, opinion aku tak se gem gempak one of my classmates punya opinion)

Kita tak boleh nak salahkan dia sebab hati manusia ni berubah-ubah. Kita hanya mampu berdoa supaya dia berubah. (Arif Amirudin)

Itulah dia, conclusionnya di sini, tetapkanlah niat kita untuk belajar kerana Allah S.W.T. nescaya kita akan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat-Nya. InsyaAllah :)

Friday, December 30, 2011

#1 It always seems impossible until it's done

Assalamualaikum.


And here's my reply :

Aku sbenarnya belajar watlek wat peace je tapi kne bt revision constantly la.Aku suka buat mind map time study. Apa2 info penting yg aku bce aku tulis dlm kertas lain bt note kecik2 je so nti klu aku kne jwb soalan at least aku tau point. Klu ayat tu rosak habis BI tunggang langgang pun, jnji point ada, markah penuh! Lagi, kalau ada soalan, jangan pernah segan atau malu-malu nak tanya cikgu. Kalau malu nak tanya dalam kelas, jumpa cikgu personally. And, kalau malu jugak nak tanya cikgu, tanyalah kawan-kawan

And time aku study aku suka buat lukisan sbenarnya. Kiranya jadikan semua benda yg aku bce tu dlm bentuk komik. Time boring boleh bce. Lukis org lidi cukup, hehe. Klu malas sgt, aku dulu selalu rekod balik suara aku tgh bce buku revision tu. Time free, aku dgr balik suara yg aku rekod tu. Hahaha Tp skrg tkleh rekod dah nti roommate aku igt aku gila. Sbbtuh aku prefer study alone than in a group.

Klu tknak kasi ngantuk, semestinya aku dgr lagu. Ataupun kalau dengar lagu tak dapat concentrate, aku baca kuat2 benda yang aku tgh hafal tu. Baca kuat tak semestinya macam bang bagi satu taman dengar. Cukuplah aku je yang dengar. Hohoho! selalunya aku pilih utk study time after subuhlah. Perghhh, bgn pagi2, after subuh terus mandi basuh rambut then study sorang2 aman gila tkde org kcu. Klu siang busy, aku study time mlm. Klu nak study mlm smpi tgh mlm, aku tidur time siang smpi bengkak mata HAHAHA. Paling penting, solat semua jangan lupa. Busy macam mana pun kita, Allah tetap nombor 1. Doa kan senjata orang mukmin.

Kalau dok study je 24 jam takleh gak. Kalau time sekolah dulu waktu petang aku selalu main badminton dengan adik-adik atau jiran aku. Study, studylah jugak. Tapi waktu main tu takleh miss lah. Hehe. And, jangan pernah benci cikgu atau ada rasa dengki kat kawan-kawan. Nanti satu benda kau study tak masuk otak. Tu jelah kot, harap membantu