Thursday, January 5, 2012

#4 Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) . (QS Al-Alaq, 96 : 1)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak membebel sikit je sebab mee Ruski perisa Tom Yam dah ada kat depan mata kan. Hikhik (angkat turun kening) :p

Sebenarnya aku tak berminat sangatlah nak bercakap pasal benda ni tapi tetiba topik ni naik time lab Physics tadi jadi aku nak kongsilah dengan semua pembaca blog ini (iaitu angin dan debu) pasal berita ni. Sebab ramai lagi yang tak tahu kot rasanya.


Tadaaa, itu diaa, Nur Amalina Che Bakri yang score 17 A1s dalam SPM. Wow, hebat hebat, aku kalau ambik 17 subjek time SPM memang dah takde kat dunia ni lagilah haha :) Okay, pokoknya cerita dia mcm ni, Amalina ni dapat continue further study in medic kat UK (hebatlah kan, future dia memang terang macam lampu suluh Toshiba lah) Tapi malangnya dia tersalah pilih jalan dan agak tersasar daripada jalan yang benar.

Miss Khaizan : Azmyza, apa pendapat awak tentang kes Amalina ni?
Me : Saya rasa kita tak boleh nak judge dia sesuka hati sebab mungkin dia akan berubah satu hari nanti. Saya rasa dia jadi macam ni sebab pengaruh rakan sebaya kat sana.

(Okay, opinion aku tak se gem gempak one of my classmates punya opinion)

Kita tak boleh nak salahkan dia sebab hati manusia ni berubah-ubah. Kita hanya mampu berdoa supaya dia berubah. (Arif Amirudin)

Itulah dia, conclusionnya di sini, tetapkanlah niat kita untuk belajar kerana Allah S.W.T. nescaya kita akan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat-Nya. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment