Friday, January 18, 2013

#9 18 days left


Assalamualaikum habuk-habuk dan kuman-kuman sekalian. Anda sihat? Pasti korang ternanti-nanti latest update dari saya. Maaflah, busy 26 jam sehari. Tak, saya tak fail math. Memang sejak masuk medic ni satu hari saya mempunyai 26 jam harap maklum.


Timetableku sepanjang study week. This is madness man (1st time study ikut timetable)


Sebenarnya aura final exam yang telah membawa aku ke mari, ke alam maya, ke kekunci keyboard untuk memasuki sebentar sesi lagha bersama social website. Tahukah anda sesungguhnya internet merupakan pembunuh masa yang kejam jika kita gunakannya ke jalan yang salah yakni ber-facebook dan ber-twidder dan ber-blog tanpa arah tujuan? (sesi bebicara bersama cermin)

Alhamdulillah, aku masih mampu survive dalam semester pertama degree in medicine UiTM. Memang tak dinafikan perjalanan hidup seorang pelajar medic sangat kusut dan hectic. Tapi insyaAllah tak ada masalah yang tiada penyelesaiannya. Lagipun, sesuatu yang manis itu selalunya bermula dengan kepahitan. Manisnya karipap juga bermula dengan doh yang tawar dan pahit, emmm emmm lazatnya karipap berintikan kentang. Alangkah indah kalau dapat segigit karipap sekarang. Begitulah juga kehidupan, lebih-lebih lagi dalam proses menuntut ilmu. Bukan mudah untuk  mendapat "segigit" kejayaan jika tiada "sementekedarah" usaha (sila ambil nota ayat hiperbola di situ).



Macam tu lah perasaan seharian aku sepanjang bergelar student medic ni. Study, study dan study. Kalau tertidur 5 minit pun akan diselebungi rasa kesal dan insecure seperti kwn-kwn lain dah habis cover satu topik sedangkan kita pula sedang enak tidur.



Pernah terkadang bisikan syaitan untuk give up dan tukar course lain datang mengetuk kotak fikiranku. Tapi bila timbul perasaan macam tu, aku akan fikir balik, sebenarnya untuk siapa aku study? Untuk siapa aku tuntut ilmu? Yes, untuk agama kita, untuk Islam, untuk ummah dan bila mendapat tawaran dalam course ni, aku yakin dan bersyukur kerana telah terpilih sebagai salah seorang hambaNya untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini. Bukan calang-calang amanah yang aku dapat, bukan amanah seorang manusia, bukan amanah ibu bapa, tetapi amanah dari Penciptaku sendiri. Jadi, jika Dia sendiri tahu kemampuan aku, alasan apa lagi boleh diberikan untuk aku give up? (THINK)

Yup, memang ramai akan terfikir "beratnya tanggungjawab sebagai seorang doktor." tapi tiada apa yang lebih berat berbanding berat menanggung azabNya di akhirat kelak. Jadi kepada adik-adik di luar sana (eh tak ada adik yang baca blog aku) Okay, kepada kuman-kuman di luar sana, yang sudah bosan memberi penyakit pada manusia, sekiranya dapat tawaran dalam kos medic, walaupun bukan atas dasar minat, bersyukurlah sebab anda sudah selangkah mendekati syurga. Tapi haruslah jadi seorang muslim yang berpelajaran dan jadikan pekerjaan kita sebagai satu ibadah kepadaNya, insyaAllah.


Fuyoh, tetiba terbagi tazkirah. Okay, selain tu mestilah sebab nak balas jasa mak dan ayahku yang sangat mencurah-curah jasanya dari aku kecil hinggalah sekarang. Kalau dorang boleh bersusah payah membesarkan 6 orang anak, takkanlah aku tak boleh usaha sikit untuk balas jasa mereka (hye mak I know you're reading this LOL)

Okaylah back to our topic, Alhamdulillah again, walaupun result first 2 tests aku ala kadar lulus atas pagar je, tapi banyak knowledge yang aku dapat sepanjang semester 1 ni. Bila dapat tau pasal something tu, semua macam "Wahhh, serious ke? Fuyoh, baru aku tau. Laaa, ada rupanya benda ni dalam badan kita." dan berbagai lagi reaksi yang lain. Subhanallah, tiada apa yang lebih indah selain ciptaanNya. Well now, aku tengah dalam study week 2 minggu sebelum final. Kepada kuman-kuman dan habuk-habuk yg sedang membaca, please pray for my success and for my friends who are doing their degree in medicine too. Well, not just medicine but other courses too. Jadikan pelajaran anda as a form of ibadah and insyaAllah He will make everything easy for you. Okay dah jom continue study! :)


Ke continue sleeping sebenarnya kau ni Myza? *krohh krohh*

1 comment:

  1. Hai myza yg mungkin baca komen aku sebulan dari sekarang (mungkin?)
    1st, Aku bukan kuman mahupun habuk. Hahaha
    2nd, even aku tahu life medic memg hectic tapi bila aku baca blog kau, reaksi aku still macam GILALAH PEREMPUAN NI STUDY 24/7 AND TGOK! TIMETABLE KAU PENUH GILAAAAAAAA
    3rd, aku tahu kau boleh myza! Hectic macam mana pon, nak pengsan macam mana pon, aku tahu kau boleh handle semua ni. So no worries, aku yg kerdil ni sgt yakin dgn kemmpuan kau ^^
    Kita maybe jarang contact tapiiiii, aku dgn yana selalu kutuk kau kehkehkeh
    Kitorang support kau depan belakang kiri kanan tauuuuuu!
    Serious talk, kitorang memg rindu nak borak2 dgn kau. Ni serious bro serioussss!!!
    So ingat myza, kau orang yg terpilih untuk bidang ni. Insyallah you will achieve your goals :)
    Good luck <3

    ReplyDelete