Wednesday, March 21, 2012

#6 My definition of "final"

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.
Assalamualaikum.

Haa, cuba bau blog aku. Ada tak bau macam rumah lama yang ditinggalkan? Bau sarang labah-labah (kantoi korang pernah bau sarang labah-labah) , bau habuk cursor yang dah lama ditinggalkan dan segala macam bau lah.

Biasalah, aku ni kan (buat muka baru habis final) baru habis final ~(' c')~ Jadi sekarang ni nak aktif baliklah menulis blog meskipun hati ini yakin dan pasti tidak ada jejak langkah orang pun di blog aku ini. Hidung anjing penyiasat pun belum tentu dapat detect whether pernah ke ada orang kunjung blog aku ni (kata kerja : menyapu air mata)

Tak apa, entri aku kali ni pasal my awesomeeeeee college life di kolej yang sangaaaat awesome UiTM Puncak Alam Di Hatiku :') Eh, kita kena rajin buat entri pasal kolej kita. Nanti adik-adik senior nak masuk Palam, mesti dorang sibuk google "UiTM Puncak Alam" "Apa itu UiTM Puncak Alam" "UiTM Puncak Alam best ke?" "Kenapa Muhyiddin masukkan aku kat sini?" haaa, macam aku dulu before nak masuk sini. Ihik :)


Masa memula dapat tawaran kat sini, aku macam, WHAAAAAT?! What is this? Where is this? What is tahniah? What tahniah is? This is not tahniah maaan, this is hell! Kecoh kan? Sebabnya aku doa hari-hari nak masuk UIA ikut jejak langkah akak and abg aku tapi akhirnya jejak parents aku jugak aku dpt.

Apa yang ada dalam fikiran aku pertama kali masuk UiTM Puncak Alam?

- Takde kawan
- Semua budak tak nak kawan dengan aku
- Aku panas
- Aku ANTI MDS
- Aku tak suka budak-budak sini
- Aku nak balik
- Aku tak suka makanan MDS
- Aku tak suka kakak-kakak senior ni
- Aku nak balik
- OH MAMA, AKU TAK MAHU KAHWIN, AKU CUMA MAHU BALIK.

Paling tak best time bahagi kumpulan. Apakah itu D6? Kenapa aku dapat kumpulan ni? Lalu aku search seluruh list nak cari nama ahli D6 yang lain. Hampa hampa, sorang pun nama kawan aku takde. Fine.

Aku ni asalnya jenis yang tak reti buat kawan. Siapa sangka, air yang tenang ada dugong di dalamnya? Dalam pada aku tak suka semua classmate aku, sedikit demi sedikit, hati aku mula terbuka untuk mengenali siapa D6 yang sebenarnya.

D6, dengan asalnya kapasiti 32 orang seunit tapi kini tinggal 28 orang sahaja. Atey, Amirah, Afrina dan Zaida, korang tetap di hati kami :) Masa memula, YES, aku akui KAMI SANGAT FAKE! Gambar di atas ini? Hanya lakonan semata-mata. Tapi cuba korang cakap, siapa je yang boleh bergambar bahagia macam ni sedangkan semuanya masih saya awak antara satu sama lain? (Y)

Hanya kami saja tahu ke-awesome-an kami semua. Sesungguhnya, tak dapat di gambarkan dengan kata-kata lah. Kalau aku tulis kat blog ni, sesungguhnya akan bau mawarlah blog aku ni nanti (hiperbola) haha :D Pendek kata, aku.... isssshhhhh, malulah nak mengaku camni, tapi aku sangat sayanglah korang semua. Aku tak sangka pertemuan kita dah hampir tiba ke penghujungnya. Rasa macam baru semalam buka ramai-ramai, rasa macam baru semalam D6 kecoh gila nak siapkan lab report dalam kelas, rasa macam baru semalam kita semua study group sesama kat kkpr, rasa macam baru semalam D6 buat presentation depan kelas. I will surely cherish all those awesome moments forever :') Walaupun bila kita berpisah nanti, kita semua akan meneruskan langkah ke alam degree di negeri-negeri lain, aku harap ionic bond antara kita akan terus kekal sebagai ionic bond selamanya dan lamanya dan lama lama lama lamanya till infinity and beyond :')


Aku tau, sepanjang 2 sem ni mesti banyak salah faham dan perselisihan pendapat antara kita. Yelah, dah nama dak dak skemasss asasi sains kaaaan, mestilah semua nak menang. Perkara sentap tu dah macam karipap lah antara kita. Tapi, aku tau, kalau tak ada garam dan perencah secukup rasa, tak akan sedaplah sesuatu masakan itu :') Dan yer, setelah sekian lama, aku terima nikahnya, D6 bin Awesome dengan mas kahwin ukhuwah yang berkekalan hingga ke jannah, insyaAllah :)

Dengan ini saya, Azmyza Binti Azmy ingin menyampaikan anugerah dekan kepada :

THE RATU-S:

My beloved 2 suara-s : Hasmila and Yana, thanks for being such great friends and being there when I need you guys most :)

Maisarah : Ratu lawak spontan
Syahindah : Ratu suara berfrekuensi dolphin.
Farhah : Ratu ketawa paling klasik.
Mimi : Ratu typo seantero dunia.
Hertina : Ratu muka takde perasaan. Haha!
Alyani : Ratu ayu tetapi garang.
Jiji : Ratu hahahahahahahahaha.
Fadhila : Ratu muslimah :)
Kathy : Ratu otak masuk air.
Azimah : Ratu rajin bertanya tak pernah sesat jalan. Salute kau :)
Fasha : Ratu atlet D6.
Yong : Ratu chemistry (tepuk tangan)
Sharlia : Ratu cinonet yang gengster.
Ricma : Ratu semangat kalau nak suarakan pendapat hakhak :)
Azwani : Ratu sopan santun dan kaya budi bahasa.

THE RAJA-S :
Pa'an : Raja class rep berwibawa dan pandai menjaga hati semua anakandanya.
Hydil : Raja segala raja genius physics.
Ikhmal : Raja yang comel hahaha.
Arif dan Hanif : Raja air yang tenang jangan disangka tiada abang wang.
Qusyairy : Raja kacang tak pernah melupakan loghatnya.
Zharif : Raja Asasi Palam.
Afiq Ariff : Raja yang halus bicaranya.
Doimis : Raja kelakar hokhok :)
Naim : Raja yang memakai raja segala spek mata x)

Ehem ehem, di sini juga aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua housemate aku yang baik-baik belaka dan terima kasih kerana mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada aku sepanjang setahun asasi ni hakhak :D Terima kasih atas sumbangan makanan, minuman, ilmu, lawak korang yang tak masuk dek akal dan telatah korang yang sentiasa menceriakan hari-hariku di rumah ini. Cehhhhh :p



Zatie : Thanks for being the awesomest roommate ever!!! Sori sebab selalu amik/mintak makanan kau sebab makanan kau selalu menggoda aku hahaha :p Thanks for everything weh! Seriously, everything! :)

Nana : Sumpah kau sangat annoying tapi kalau takde ke-annoying-an kau tu, serious tak ceria langsung rumah ini. Hokhok ikhlas dari hati myza yang selalu annoyed dengan kau haha :p

Amni : Thanks sebab selalu jadi fashion advisor aku haha tiap kali nak padankan tudung dengan baju mesti aku cari kau :p And aku suka dengar slang gediksssss kau tu haha!

Marjan : Terima kasih sebab selalu tolong belikan makanan kat kkpr, haha! Terima kasih jugak sebab selalu dera kteorg semua haha joke :p

Wardah : Walaupun kita tak rapat sangat masa sem 1, tapi alhamdulillah sem 2 kita semua semakin rapat. Thanks sebab tolong ajar aku apa yang aku tak tahu menahu :)

Rasulullah s.a.w. bersabda : Allah s.w.t. berfirman :

"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)" (Riwayat Ahmad)

Okay, till here dear readers. Nak pergi menangis kejap. Salam :')

9 comments:

  1. bila la dapat kumpul semua D6 lagi? T.T

    ReplyDelete
  2. okay, aku rindu D6 kumpul2

    ReplyDelete
  3. aig0o *touched** den dah s0deh lak ai.
    hmm, teringin nti kte ramai2 g Kalumpang agie (AHHAHA!)
    *mcm xde mpt laen*
    thnx Myza <3 thnx 4 all d love..

    ReplyDelete
  4. Hahaha lalat lalat kalumpang menjadi saksi persahabatan D6 :D Harapnya our friendship berkekalan hingga ke jannah, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Berbakat juga anak mak ni rupanya. Mak enjoy baca blog myza hehe
    Jangan terkejut beruk anakku. Mak dah pandai stalk2 anak mak. Sayang anak mak bucuk bucuk muah muah. Jangan malu nanti jumpa kat rumah hehehehhehehe.

    ReplyDelete