Wednesday, January 4, 2012

#4 Jom buang toksin dalam badan!

Assalamualaikum


Nampak gambar di atas? Oh tidak, hari ini saya bukan nak bercakap pasal kaki saya yang hodoh mahupun seluar kelabu putih hasil curian dari almari bilik mak, trolol tapi nak cakap pasal pelekat putih di kaki tu. Oh, apakah itu? (garu telinga)

Pelekat ini dipanggil detox foot patch atau nama penuh detoxification foot patches. Nama pun detoxification jadi terang lagi bersuluh lah benda ni nak buang toksin dalam badan kita. Saya beli ni dengan harga borong, jadi dapatlah merasa nak badan sihat kan kan walaupun dapat beli 3 pasang je (aduhh, miskin sungguh hidup seorang pelajar)

Apa fungsi foot pads ni? Foot pads ni diformulatedkan dengan ingredients seperti tourmaline (google it) dan lain-lain herba tumbuhan untuk :

a) enhance blood circulation throughout the body
b) menguatkan immune system kita!
c) improve our sleep quality
d) menghindari penyakit

Aku pakai je benda ni tapi taktau lah berkesan ke tak, kita tawakkal jelah ek :) Anyway, nak jugak share info yang saya dapat daripada station Ikim FM tadi.

Jangan tidur sambil menutup kepala kerana ianya akan membunuh sel kepala kita. Ini kerana, time tidur kita breathe out carbon dioxide (toksik) and bila kita breathe in balik the carbon dioxide gas, ia boleh membunuh sel kepala kita.

Tapi rasa-rasanya foot pads yang aku pakai ni boleh serap tak toksin carbon dioxide yang aku sedut time tidur? Aku ni kan penakut, kalau tidur memang selimut dari hujung rambut hingga hujung kakilah. Kalau kuku kaki panjang 10 cm, sampai 10 cm tu jugak aku selimutkan. LOL :p


Oh hello world, before that, nak berlagak sat SAYA ADA LANYARD BARU! Aku suka lanyard ni sebab boleh main tarik tarik. Bila aku boring boleh main tarik tarik tali dia. Hahaha :)

Bila takde benda bertamadun nak buat, main tarik tali lanyard ni sangat mengisi masa lapang ku haha. Terima kasih kepada encik kening tebal retis Youtube atas belas ihsan lanyard ni *terharu :') (motif ibu jari : nak tutup muka hodoh) Okay, salam and goodnight semua :)

0 comments:

Post a Comment