Thursday, December 29, 2011

#1 Then there's this feeling

Assalamualaikum. Entri kali ni lebih sesuai untuk mereka yang dah mencapai umur yang sesuai untuk bercinta. Kalau umur korang baru setahun jagung, tolonglah tunggu umur korang jadi setahun pisang dulu, okay? :)

This person suka that person but that person tak tau tapi that person pun suka this person but this person tak tau. This person pulak tersangatlah malu nak bgtau that person psl feeling dia sedangkan that person tengah menunggu this person membuat confession. But what if this person suka that person but that person tak tau and bila that person tau, semua benda mula menjadi awkward between this person and that person. Hmph?

Pernah tak benda macam ni berlaku kat korang? Ada buat korang rasa nak letak tangan di dada, kepala pandang ke atas tak? (Taktau motif buat benda ni) Pada aku, benda ni normal dan sangatlah selalu terjadi di kalangan remaja zaman sekarang. Jadi, kalau korang pernah terkena perasaan mcm ni, jangan hingat korang one in a million okay. Tapi ada cara ke nak atasi perkara ni?


1. Luahkan perasaan
Kalau korang rasa perasaan korang kat dia dah membuak-buak macam gunung berapi, lebih baik korang luahkan perasaan korang kat dia. Tak salah pun nak buat luahan perasaan ni tapi lebih baik dibuat kalau korang yakin dan pasti dia pun ada feelings toward korang and kita memang betul-betul rapat dengan dia. Kalau takat orang kau pandang dari jauh je, itu crush namanya wak, bukan betul-betul suka. Kalau kita sentiasa ragu-ragu dengan jawapan yang kita akan dapat, the answer will always be no. And kalau kita tak pernah melangkah ke hadapan, kita akan sentiasa di belakang. Untuk mengelakkan kes patah hati sebab ditolak, korang alter ayat korang supaya dia pun macam aikk aikk, aku tak tau nak jawab apa.


"Saya tau saya patut cakap ni dari dulu lagi. Walaupun awak rasa dah terlambat tapi saya still nak cakap jugak. Saya tak perlukan jawapan daripada awak, tapi cukuplah awak tau saya suka kat awak." -source, unknown-

2. What if that person would not return my feelings?
Then you deserve someone better than that person. It's okay kalau dia tolak. Bukankah tak semua benda yang kita inginkan kita boleh miliki? At least, kita tau jawapan dia. Daripada kita terus hidup dalam kekusutan, memikirkan perasaan dia kat kita jugak. Korang takut kena reject? Well, life goes on. Pejam celik pejam celik, kita akan lupa jugak benda tu. Tapi macam mana kalau dia pun ada perasaan kat korang? Dalam hal macam ni, salah seorang kenalah mengalah dengan ego sendiri. Semua orang punya hak masing-masing lagipun.



3. Aku perempuan, aku malu.
Bukankah malu itu satu perasaan yang normal (NOTE : aku pun perempuan) Bila lelaki meluahkan perasaan, kita anggap ia sesuatu yang romantik. Tapi bila perempuan meluahkan perasaan, kita dipanggil desperate. Bertukar-tukar pasangan itu yang dipanggil desperate. Itulah bezanya bertukar-tukar pasangan dengan meluahkan isi hati. Serioushit girls, anda tak kelihatan desperate when you tell him you like/love him. Ia merupakan sesuatu yang baik dan memuaskan hati to express your feelings. Bukankah perasaan kasih sayang itu perlu dikongsi sesama manusia? Even Saidatina Khadijah pun meluahkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hajatnya untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang, lelaki pun boring jugak asyik dorang je kena mulakan langkah pertama, iya tak?


4. Lepas dah buat luahan perasaan, apa akan jadi pun? Couple?
Eww eww, geli sejenak mendengar perkataan couple. Siapa kata mesti kena couple baru bahagia hingga ke jinjang pelamin? Ohplease. Korang buat luahan perasaan tu, and bila dua-dua dah saling suka sama suka, kiranya dia dah selamat dalam genggaman kau (eh ayat macam manusia tak guna je) Kiranya kau dah cop dia sebagai lover kaulah. Sebab tu, sebelum meluahkan perasaan korang kat dia, korang kena betul-betul pergi kat tempat terpencil dan berfikir dalam-dalam "is this person the right one for me?" Kata orang, ikut hati mati. Kalau tak, sia sia je korang meluahkan perasaan walhal korang sendiri belum pasti dengan apa yang akan terjadi selepas tu. Buat solat istikharah adalah sebaik-baik penyelesaian untuk masalah ni :)

5. Ish, tak retilah aku nak buat luahan perasaan semua ni

a) Call dia, express your feelings, letak fon. Memang cara ni macam tah hape je, tapi korang boleh buat luahan perasaan tanpa mendengar jawapan dia. And paling best, dia taktau pun siapa yang baru call dia :)

b) Kalau ada bakat terpendam, boleh buat luahan dalam bentuk komik. Komik orang lidi cukuplah kan. Comel kot kalau dapat komik rekaan sendiri daripada secret admirer. Kalau malu nak bagi depan-depan, tinggalkan bawah meja dia, atau e-mailkan je kat dia :3

c) Kalau tak berani jugak, korang cuma perlu tunjukkan kat dia yang korang care kat dia. Kebanyakan orang lebih percayakan actions daripada words. Show him/her that you care of them dengan selalu buat dia happy. Lama-lama dia nampaklah tu niat kau hoho :)

d) Kalau susah sangat, ish, kau jumpa dia depan-depan (time dia sorang-sorang) and luahkan je semua dalam masa 5 saat, tanpa berhenti tarik nafas dan tanpa tergagap-gagap. Terutama perempuan. Yelah, lelaki ni kan slow sikit. Kata je nak jaga ego, tapi perempuan bagi bermacam sign, dorang lambat pickup.

Tadaaa, sampai sini jelah aku mampu membebel. Kalau ada yang tersalah atau tak kena di mana-mana, aku harap tak ada pihak akan buat muka. Aku cuma bagi cadangan je. Papehal, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Dengan siapa pun kau nanti, aku cuma mampu doakan yang terbaik for both of you. Till here readers, kaychow :)



buka website ini untuk mendapatkan maklumat lanjut : perigi cari timba?

2 comments:

  1. wow, this inspires me... tq for the info azmyza ;)

    ReplyDelete